Peranan Wartawan Siaran

Green ( 1969) melihat peranan wartawan siaran ini lebih terperinci dengan membahagikan tugas-tugas kepada empat perkara yang utama.

1.Penulisan
2.Bakat
3.Penerbit
4.Eksekutif

Tugas penulisan adalah merujuk kepada tugas menulis skrip berita.Penulis perlu tahu format penulisan ,grafik,dan syot-syot yang digunakan .Hal ini adalah untuk memastikan berita dapat disampaikan dengan sempurna dan berkesan.

Bakat adalah sangat penting bagi seseorang wartawan siaran kerana ia dapat menampilkan atau menunjukkan wartawan tersebut seorang yang professional di hadapan kamera .Terdapat beberapa bidang tugas yang memerlukan wartawan siaran bergerak pantas dan bijak di hadapan kamera.

Penerbit bertanggungjawab dalam keseluruhan operasi penerbitan.

Eksekutif pula bertanggungjawab dalam pengiurusan dan pentadbiran.