Intro hendaklah bersifat terkini dan semasa. Contohnya:
- Perdana Menteri hari ini mengingatkan rakyat berkerja kuat untuk membantu memulihkan ekonomi negara .
Selain itu inro hendaklah menggunakan ayat aktif bukannya pasif .Contohnya :
- Kereta merempuh pokok ( AKTIF)
- Pokok dirempuh oleh kereta (PASIF)
KATEGORI INTRO BERITA PENYIARAN
Traditional Leads
Intro begini mempunyai fakta dahulu kemudian diikuti oleh penjelasan.Contohnya :
- Sekurang-kurangnya 50 maut dalam kejadian tanah runtuh di Dungun Terengganu.
Intro sebegini kebiasaanya digunakan untuk menarik perhatian pendengar:Contohnya:
- Untuk mencari nama ,manusia sanggup menggunakan pelbagai cara.Di Washigton,seorang lelaki sanggup berjalan menggunakan tapak tangan menuruni tangga selama 15 minit.
Umbrella Leads atau Shotgun Leads
Inro ini banyak mengandungi berita kompleks dan menyeluruh.Intro ini digunakan untuk menyambungkan dua ayat yang mempunyai sama bentuk . Contohnya :
- Banjir di Pahang dan Terengganu makin pulih tetapi di Kelantan semakin buruk.
Bentuk intro ini banyak digunakan oleh wartawn media penyiaran sekarang.Walaupun tidak mempunyai maklumat yang lengkap tetapi cukup berkesan untuk menarik perhatian pembaca.Contohnya :
- Berita baik untuk Kakitangan Awam
Intro ini bagi membawa terus permikiran pendengar kepada isi berita yang disiarkan.Intro ini memberi gambaran awal tentang isi berita yang akan disiarkan.Contohnya :
- Gempa bumi di Acheh ,Indonesia.Pasukan penyelamat menjumpai berpuluh-puluh lagi mayat dalam operasi yang disambung semula pagi tadi.
Berita penyiaran mengutamakan kesan audio dan visual.
- Ucapan Perdana Menteri lebih baik jika dapat mendengar suaranya sendi berbanding hanya membaca kenyataannya sahaja.
- Bencana bajir lebih menarik perhatian pembaca jika terdapat visual berbanding tanpa visual