Wednesday, April 7, 2010

Berita Penyiaran

Jika dilihat sekali imbas,pasti ada yang mengatakan tidak ada beza penulisan diantara berita media siaran dan media cetak.Walaupun konsep pemberitaan yang sama namun dari sudut penulisan adalah berbeza.Penulisan akhbar untuk tatapan mata manakala berita penyiaran untuk pancaindera telinga.

Terdapat kajian yang mendapati ,mata mempunyai keupayaan yang lebih daripada telinga untuk menghantar terus maklumat ke otak.Telinga mudah keliru terhadap sesuatu sebutan perkataan maka bahasa media penyiaran perlulah lebih mudah dan senang difahami.

Tidak seperti berita akhbar yang boleh diulangi jika terdapat ayat yang tidak difahami tetapi bagi berita penyiaran tiada pengulangan dibuat kerana ia hanya dibaca sekali sahaja.Tetapi mungkin ada yang mengatakan ianya boleh dirakam tetapi soalnya berapa ramai yang berbuat demikian.

Untuk menyampaikan berita penyiaran hendaklah menggunakan bahasa percakapan.Kita gunakan bahasa harian yang mudah difahami dan ayat-ayat yang pendek.Kunci penulisan berita penyiaran adalah " Tulis sepertimana anda berbual".

Tetapi diingatkan walaupun digalakkan menggunakan bahasa percakapan tetapi ini tidak bermakna kita boleh sewenang-wenangnya soal nahu dan tatabahasa.

Thursday, April 1, 2010

Siapakah Wartawan Siaran?


Wartawan televisyen dan radio (wartawan siaran) adalah berbeza daripada wartawan akhbar. Bagi wartawan siaran, penggunaan visual dan audio merupakan kunci utamadalam menyampaikan laporan berita yang baik.

Tahap membuat laporan yang paling baik dan berkesan ialah apabila seseorang wartawan berjaya menunjukkan visual dan/atau aktiviti yang disertakan dengan bunyi semula jadi (natural sounds) serta komen yang spontan. Oleh yang demikian, orientasimenulis berita akhbar tidak sama seperti menulis berita TV dan radio.

Ini merupakanperkara utama yang harus diketahui dan diberi perhatian oleh wartawan yang terlibatatau mahu melibatkan diri dalam media elektronik.